Restoran Al-Aitam : Kini Di Buka


Restoran Al-Aitam kini dibuka. Restoran ini beroperasi sebagai sumber keawangan Markaz Al-Aitam. Kami menjemput anda semua untuk datang menjamu selera di sini sambil membuat kebajikan kepada anak-anak yatim Markaz Al-Aitam.

Pakej makan tengah hari bersama anak-anak yatim juga di buat dengan hanya RM30 untuk satu meja makan. Ayuh datang beramai-ramai. Makan sambil berkebajikan. Kami sangat mengharapkan bantuan dan pertolongan dari anda semua.



| | Selanjutnya »

Sumbangan komputer untuk Pejabat Markaz Al-Aitam

KG. WAKAF, 26 Feb – MTD Limbongan hari ini menyumbangkan 3 unit komputer untuk kegunaan Pejabat Markaz Al-Aitam. ADUN Limbongan dan beberapa orang Jawatankuasa MTD yang hadir di Program Sambutan Maulidul Rasul telah menyerahkan komputer tersebut kepada setiausaha, En. Nik Yusuf Nik Abdullah di pejabat markaz tersebut.

Drs. Zainuddin bersama Timb.  Pengarah 1 MTD Limbongan menyerahkan komputer kepada Nik Yusuf

Sementara itu Nik Yusuf mengalu-alukan sebarang sumbangan dari semua pihak dalam terus membangunkan sekolah anak-anak yatim tersebut pada masa akan datang.

| | Selanjutnya »

Majlis Penyerahan Kunci Masjid Al-Aitam

KG WAKAF, 12 November – Para Jemaah Markaz Al-Aitam hari ini dengan penuh rasa kesyukuran berkumpul seperti mana biasa pada setiap pagi Jumaat untuk Majlis Ilmu dan Solat Duha tetapi kali ini dalam suasana berlainan di Masjid Al-Aitam yang telah pun siap sepenuhnya.

Pada hari bersejarah ini satu Majlis Penyerahan Kunci Masjid oleh wakil tuan tanah Hj. Mohd Salleh bin Hj. Hussin, 64 kepada  Penasihat Markaz Al-Aitam Ayahnda Tuan Guru Ayah Mat Permatang Gading. Majlis yang dipengerusikan oleh ADUN Limbongan YB Drs. Hj. Zainuddin Awang Hamat ini dihadiri oleh lebih kurang 50 orang jemaah muslimin dan muslimat.

Masjid Al-Aitam yang berkeluasan 80 kaki persegi dan mampu menampung 400 orang jemaah dalam satu masa ini telah dibina dan dibiayai sepenuhnya hasil dari kutipan derma sepanjang tahun ini. Lot tanah wakaf ini asalnya dimiliki oleh keluarga Allahyarham Hj. Husin bin Hj. Hassan, Hjh. Bidah binti Seman, Hjh. Selamah Hj. Yaakub dan Hjh. Maklesom Hj. Saat.

Sementara itu ADUN Limbongan dalam ucapan alu-aluan beliau menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam pembinaan masjid ini. Dalam merealisasikan wawasan DUN Limbongan sebagai Pusat Ilmu beliau telah menyusun beberapa aktiviti yang bakal diadakan pada masa akan datang bagi mengimarahkan masjid ini. Selain dari konsep ilmuan, aktiviti yang dirancang antara lain berkaitan dengan pelancongan dan kebudayaan Islam bagi menarik minat para jemaah untuk beribadat di sini selain terus memberi sokongan dan sumbangan dalam menyiapkan sepenuhnya Markaz Al-Aitam pada akhir tahun ini juga.

Drs. Hj. Zainuddin juga menyatakan hasrat untuk membawa rombongan AJK Masjid ini pada satu masa nanti melawat perkampungan Orang Asal Kg. Lambok Kuala Betis bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islamiah dan sebagai penghargaan kepada AJK yang selama ini bertungkus-lumus dalam menjayakan pembinaan Masjid Al-Aitam ini.

| | Selanjutnya »

Bantuan kewangan membina Markaz Al-Aitam

LIMBONGAN, 19 Mac – ADUN Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat mewakili Bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Kak Wan Che Esah telah menyerahkan bantuan kewangan bagi membina Markaz Al-Aitam Kampung Wakaf kepada Pengerusi markaz, Tuan Guru Mohd Nordin (Ayah Mad), 16 Mac lalu.

“Kak Wan yang menghidap penyakit stroke namun masih mampu menggunakan lisan untuk menyata komitmen dalam perjuangan, maka beliau menghulurkan bantuan bagi membantu pembinaan bangunan Markaz Al-Aitam.

“Bagi pihak MTD Limbongan saya mengucapkan terima kasih dan berharap beliau bersabar menghadapi ujian Allah,” kata Adun Limbongan.

| | Selanjutnya »