Restoran Al-Aitam kini dibuka. Restoran ini beroperasi sebagai sumber keawangan Markaz Al-Aitam. Kami menjemput anda semua untuk datang menjamu selera di sini sambil membuat kebajikan kepada anak-anak yatim Markaz Al-Aitam.
Pakej makan tengah hari bersama anak-anak yatim juga di buat dengan hanya RM30 untuk satu meja makan. Ayuh datang beramai-ramai. Makan sambil berkebajikan. Kami sangat mengharapkan bantuan dan pertolongan dari anda semua.
21:03 |
Filed under
feature,
menarik
|
Selanjutnya »
Pakej ditawarkan
Unta ( 3 ekor ) = Rm 700.00 satu bahagian
Lembu ( 20 ekor ) = rm 380.00 satu bahagian
Qorban sambil infa' untuk anak yatim.
Sembelihan oleh pakar yang berpengalaman.
Solat sunat Aidiladha di Masjid Al-aitam.
Tarikh : 6/11/2011 ( hari raya pertama )
Tempat : Markaz Al-Aitam , Padang Pak Amat - Kota Bharu, Pasir Puteh Kelantan.
Sila hubungi :
Ust Hj Mohd Nazry b Muhammad Nor ( 019-9376754 )
20:57 |
Filed under
feature,
program
|
Selanjutnya »
Al-Aitam adalah sebuah Institusi Pendidikan Agama Islam persendirian yang berkonsepkan penjagaan, pendidikan dan kebajikan untuk anak-anak yatim yang miskin. Al-Aitam juga akan menempatkan anak-anak yatim dalam daerah Pasir Puteh,dengan menyediakan segala keperluan termasuk penjagaan, pengajian,pusat ilmu bagi anak-anak yatim khasnya dan amnya untuk semua umat islam secara percuma.Sesungguhnya besarlah harapan agar anak yatim disini akan dapat hidup dengan sempurna seperti anak-anak yang lain dari semua aspek sehingga suatu masa nanti ianya akan menjadi pemimpin agama dan masyarakat dengan bermodalkan ilmu akedemik di sekolah agama,ilmu al-Quran dan ilmu-ilmu agama di Markaz Al-Aitam.
Semuanya bertujuan untuk beribadah kepada Allah dan sekaligus berperanan mengasah anak-anak dengan akhlak dan ilmu untuk tampil menjadi insan yang mampu memimpin masyarakat kearah melahirkan individu dan masyarakat yang kental moralnya dan memiliki pelbagai kemahiran untuk berdaya saing sepanjang masa dan zaman. Bahasa utama di Al-Aitam ini ialah Bahasa Arab dan Bahasa Melayu dengan azam untuk membina kemahiran bertutur Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Cina, insyaAllah.
Anak-anak yatim dan miskin yang tiada berkemampuan diberikan pendidikan dan penjagaan makan minum, tempat tinggal dan kesihatan tanpa bayaran. Kos penjagaan anak-anak ini insyaAllah ditampung berkonsepkan kebajikan yang bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai agar sama-sama berlumba menderma, berzakat, berkongsi amalan mulia yang sangat dituntut didalam agama Islam.
Semua pelajar disini insyaAllah diwajibkan mengambil peperiksaan mengikut peraturan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi persediaan mereka untuk berdaya saing pada setiap masa dan menjadi aset kepada agama, negara dan umat islam di negeri Kelantan.
08:55 |
Filed under
feature,
terkini
|
Selanjutnya »
- Memelihara serta mendidik anak-anak yatim yang miskin diseluruh jajahan pasir puteh dengan memberi kemudahan seperti di bawah dengan percuma.
- Menyediakan keperluan asas termasuk makan, minum,tempat tinggal,serta segala kelengkapan diri dan keperluan asas lain.
- Untuk mendidik akal dan hati serta budi supaya memiliki ciri-ciri sebenar yang diperlukan oleh masyarakat yang menjadi paksi yang kukuh dalam pembentukan peribadi muslim yang hakiki dan berwibawa.
- Menerapkan ilmu pengetahuan agama secukupnya agar menjadi orang yang berilmu dan seterusnya menjadi pemimpin kepada masyarakat .
- Untuk melahirkan satu generasi umat Islam yang boleh dan mampu melaksanakan fungsi kewujudannya sebagai “hamba” kepada Allah s.w.t dan juga sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini.
- Anak-anak yatim akan diajar ,diasuh serta dididik dengan:
>menghafal al-quran, qira`at dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya.
>Ilmu fardhu ain
>Ilmu pengetahuan agama seperti feqah, usuluddin, tasauf, tafsir, hadis dan pelbagai lagi cabang ilmu termasuk bahasa arab.
09:01 |
Filed under
feature,
terkini
|
Selanjutnya »
Sejarah penubuhan Al-Aitam bermula pada awal tahun 2006 dengan sebuah bangunan tiga tingkat. Disebabkan oleh beberapa masalah progres, pembinaannya hanya bergerak dengan lebih lancar pada awal tahun 2009. Pembinaan awal hanyalah kerangka bangunan tiga tingkat dengan dinding dan berlantaikan tanah yang alhamdullillah diwakafkan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Mohd Nordin Ismail.
Dengan izin Allah Swt, dibukakan pintu hati individu-individu dan ahli masyarakat setempat yang terdiri daripada kalangan sahabat handai, kenalan dan tokoh masyarakat untuk bersama-sama membangunkan Al-Aitam. Program kenduri dan derma yang dicetuskan oleh para pemimpin Al-Aitam pada bulan Februari 2010 telah berjaya menjana hampir RM100,000 dan berterusan membuka hati ahli masyarakat untuk menderma sehingga kini (September 2010) bangunan ini telah hampir 90% siap. Dengan izin Allah Al-Aitam juga telah menerima sumbangan ikhlas hamba Allah daripada satu keluarga dalam bentuk sebuah masjid yang juga telah siap sepenuhnya pada awal November. Selain itu, pada September 2010 sebuah rumah guru telah pun siap hasil dari sumbangan hamba Allah yang pemurah.
Setakat ini pembangunan Al-Aitam merangkumi sebuah bangunan tiga tingkat yang menempatkan pejabat, perpustakaan, dewan umum, dewan belajar, tempat penginapan dan juga kantin,manakala bersebelahan bangunan Al-Aitam terdapat sebuah masjid dan juga rumah guru. Setiap itu terdapat ruang meletak kereta,bilik tetamu, taman rehat dan juga pusat kegiatan ekonomi.
Markaz ini hanya mampu menampung pelajar seramai maksimum 80 orang, dengan permulaan seramai 10 – 15 orang. Pemilihan anak-anak yatim mestilah mendapat persetujuan ahli lembaga pengarah Markaz Al-Aitam berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah di tetapkan.Anak-anak yatim ini mestilah berumur dalam lingkungan usia 7 hingga 13 tahun dan dalam kalangan keluarga miskin akan diutamakan. Markaz Al-Aitam ini dianggap sebagai sebuah pusat penjagaan dan pendidikan islam milik bersama kerana Markaz ini didirikan hasil titik peluh ribuan tangan serta sumbangan ikhlas orang ramai.
08:58 |
Filed under
feature,
terkini
|
Selanjutnya »